Selalu tengok org berblog blog ni kali ni teringin pulak. Saja nak try best ke. Memang tak suka simpan diari dari zaman dedulun. Sampai ke era diari IT ni pun tak suka gak. He he.
Banyak sungguh kebesaran ILAHI yang dapat saya pelajari sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Pertamanya bagaimana kawan kawan zaman sekolah menengah hingga ke universiti dulu dapat berhubungan semula bukan seorang dua dah dekat 10 org . Tak berhenti ni dah berantai rantai. Syukur. Ada yang sebak bila pertama kali dihubungi. Maklum yg sekolah menengah dekat kami kenal 25 tahun dulu last jumpa 17 tahun dulu lepas result SPM . Ada yg ke US ade yang UK terputus terus sorang ke Canada. bayangkan bagaimana dunia IT facebook yang menemukan kami semula. Hebat. Macam macam soalan keluar. Itulah nikmat yang pertama. Most of them join private sectors. executive belaka. Unilever . cimb . hong leong . hpa. american express. Cam ne lak saya yg masuk jadi gov servent ni. Heh memang rezeki jadi org gaji je.Entah berapa belas K le gaji diaorg.
Ramadhan ini juga bertekad menjadi lebih baik dari tahun lepas. Setakat hari ni Alhamdullilah. Sesungguhnya satu petunjuk kebesaran Ilahi yang diperolehi tahun ini ialah dengan jelasnya bahawa jika Allah mengkehendaki rezeki kepada kita ia akan datang dalam berbagai bentuk dan bila bila masa sahaja. Siapa sangka rezeki yang saya sangka terlepas rupanya datang dalam bentuk yang berbeza. Malah bersifat lebih hebat. Syukur. Sesungguhnya
Ayat kedua terakhir surah Yaasin " jika Dia mengkehendaki jadi maka jadilah". amat benar .Saya kagum akan petunjukNya.
Jangan ada sesiapa yang mengeluh atas apa jua dugaan. Banyakkan munajat dan muhasabah diri. Mohon dan merayu padaNya. Moga moga doa kita didengari terutama di Ramadhan yang istimewa. Cubalah. DIA sedang menunggu permohonan kita. Apa lagi applylah
Tuesday, 23 September 2008
APPLY LA!
Posted by nuaca at 22:03
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment